Pages

Wednesday, December 30, 2015

JATUH DALAM KAWAH GUNUNG BERAPI KETIKA BERGAMBAR




Yogyakarta – Seorang pendaki dipercayai maut selepas terjatuh ke dalam kawah Gunung Merapi di sini ketika cuba bergambar di puncak berkenaan.

Seorang anggota penyelamat, Dimar berkata, mangsa yang dikenali sebagai Eri Yunanto, 21, jatuh ke dalam kawah gunung berapi itu pada Sabtu lalu.

“Eri terjatuh ke dalam kawah sedalam 200 meter ketika bergambar di puncak gunung berkenaan pada pagi Sabtu lalu,” katanya.

Menurutnya, mangsa dan empat rakannya yang juga pelajar di Universiti Atmajaya di Yogyakarta mula mendaki gunung berkenaan pada malam Jumaat lalu.

“Pada pagi Sabtu, Eri dan dua lagi rakannya meneruskan pendakian ke kawah gunung berapi setinggi 300 meter untuk bergambar.

“Selepas mangsa terjatuh, rakan-rakannya segera turun dan membuat laporan mengenai insiden itu kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Menurutnya, 100 anggota penyelamat melancarkan operasi mencari mangsa tetapi usaha berkenaan masih gagal.

“Keadaan dalam kawah itu sangat bahaya dan kami juga perlu memastikan keselamatan anggota penyelamat,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor