
Siapa sangka, seorang gelandangan di Perancis menjadi kaya raya selepas menulis buku tentang kisah hidupnya.
Tambah manis, buku tersebut berjaya meraih gelaran 'National Bestseller Book' di negara kelahirannya itu.
Buku hasil tulisan Jean-Marie Roughal yang berjudul My Life as a Panhandler: A Life on the Streets (Je Tape La Manche: Une Vie Dans La Rue) bercerita mengenai kehidupannya sejak kecil diabaikan ibu dan dibesarkan bapanya seorang kaki botol.
Sehingga kini sebanyak 50,000 naskhah buku biografi hasil tulisannya itu yang berkisarkan kepada kisah benar kehidupannya di jalanan berjaya dijual sejak ia dilancarkan beberapa bulan lalu.
Walaupun kini Roughol, 47, mampu untuk hidup senang lenang hasil jualan laris bukunya itu, namun dia tetap memilih untuk terus menjalani kehidupan sebagai seorang gelandangan.
Roughol menjalani kehidupan sebagai gelandangan selama 27 tahun di bandar Paris.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor