
Florida - Seorang wanita berhadapan tuduhan mendera kerana membelasah suaminya yang didakwa tidak henti kentut ketika tidur.
Menurut Metro, Dawn Meikle juga didakwa menyiku dan menggunakan penyembur lada (pepper spray) terhadap suaminya, Donald Fitzroy Meikle.
Dawn pula mendakwa Donald tidak berhenti kentut selepas dibenarkan kembali ke katil tidak lama kemudian, menyebabkan Dawn memukul Donald sekali lagi.
Donald mengalami kecederaan di bahagian dada selepas dicakar Dawn manakala isterinya cedera pada bahagian bibir.
Dawn kini ditahan reman di St. Lucie County Jail dan berhadapan tuduhan deraan domestik.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor