Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini menafikan penyebaran maklumat yang mendakwa minuman berkarbonat jenama Fanta mengandungi lemak babi.
Menurut Jakim, minuman berkarbonat tersebut telah memiliki sijil halal yang disahkan.
“Viral palsu. Penjelasan, produk minuman Fanta mendapat pengesahan halal daripada Jakim.
“Rujuk direktori halal www.halal.gov.my untuk semakan lanjut,” tulis Jakim menerusi laman Facebooknya.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan tersebarnya sekeping gambar viral menunjukkan lima botol minuman Fanta pelbagai perisa dengan disertakan mesej menyatakan minuman itu mengandungi lemak babi.
“Kepada semua Muslim dari Mufti Rizwi. Kepada semua, jangan minum minuman Fanta yang baharu. Ia mengandungi’carcinogenic’ (E211, E224) lemak babi.
“Tolong jangan padam ini sehingga semua orang Muslim berkongsi maklumat ini,”tulis mesej itu.
Semoga kenyataan daripada pihak Jakim ini memberi penjelasan kepada pengguna Islam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor