KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri pakaian termasuk coli dan seluar dalam bernilai keseluruhan RM1,147 bersama adik perempuannya, seorang ibu tunggal dihukum penjara 20 hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam,
Norlida Muhamad, 31, yang menetap di PPRT Pulu Ulu, Jalan Pudu Ulu, Cheras di sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor.
Turut membuat pengakuan bersalah, ialah adiknya, Noramira, 20, yang merupakan seorang suri rumah dan mempunyai seorang anak berusia lapan bulan.
Mereka didakwa melakukan perbuatan mencuri lapan helai seluar, coli (enam), baju (enam) dan seluar dalam (empat) di pasar raya besar Aeon Jusco Maluri, Jalan Jejaka, Cheras dekat sini pada pukul 4.30 petang, kelmarin.
Berdasarkan fakta kes, Norlida dan Noramira menggunakan modus operandi berpura-pura mencuba pakaian baharu di bilik persalinan di pasar raya besar terbabit sebelum bertindak menyorokkan barangan curi tersebut di dalam beg plastik dan beg tangan milik mereka.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor