Pages

Thursday, December 17, 2015

ANGIN KENCANG BERTERUSAN HINGGA AHAD


Jabatan Meteorologi Malaysia


Kuala Lumpur - Amaran angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah iaitu di Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman serta Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan itu.

Sementara itu, angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur juga terdedah kepada kenaikan paras air laut yang dijangka bermula hari ini sehingga Sabtu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor