Pages

Monday, December 7, 2015

'ALMARHUM SEORANG ANAK RAJA YANG MERENDAH DIRI'


Tunku Abdul Jalil


Kuala lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim sebagai seorang yang sentiasa merendah diri kerana sikapnya yang suka mendekati rakyat. 

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya berkongsi perasaan sedih warga Johor atas pemergian ini. 

"Almarhum adalah seorang anak raja yang sangat merendah diri serta dekat dengan anak-anak muda," kata Najib menerusi entri Facebooknya hari ini. 

Beliau berkata, pemergian Tunku Jalil pada usia muda juga amat dirasai bukan sahaja oleh rakyat Johor, malah rakyat di seluruh negara. 

"Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. 

"Saya berada di Johor sebentar tadi untuk hadiri istiadat pemakaman Yang Amat Mulia Almarhum. Sama-sama kita semua terus sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh dirahmati dan ditempatkan bersama golongan beriman," tulis beliau. 

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, akibat kanser. 

Almarhum merupakan anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor