Pages

Thursday, November 19, 2015

PRESIDEN BOLA T'GANU MAHU BERI SAGUHATI KEPADA 'INDIVIDU JUJUR'




NAMPAKNYA sikap jujur seorang peminat bola sepak ini memberi tuah kepadanya.

Ini berikutan, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berminat mahu bertemu dengan individu yang memberi surat permohonan maaf beserta RM15 kerana memasuki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin secara haram, baru-baru ini.

“Saya minta peminat bola sepak Terengganu itu datang berjumpa kami untuk menerima cenderahati atas kejujurannya.

“Inilah gambaran peminat bola sepak Terengganu yang sanggup berterus terang dan mengakui kesalahannya walaupun kos tidak seberapa, tetapi kejujuran dan kesetiaan kepada pasukan bola sepak Terengganu harus disambut baik.

“PBSNT memaafkan perbuatan Hamba Allah dan menerima dengan hati yang terbuka. Saya mengharapkan dapat berjumpa penulis surat berkenaan untuk memberi penghargaan serta cenderahati kepadanya,” kata Wan Ahmad Nizam seperti yang dipetik di Harian Metro.

Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu itu menerima surat tersebut pada pagi Ahad lalu, sebelum ianya menjadi viral di laman sosial.

Berdasalkan surat tersebut, pengirim yang mengelarkan dirinya sebagai nama ‘Hamba Allah’ itu mengaku telah masuk secara haram ke dalam stadium untuk menonton perlawanan bola di antara Terengganu dan Lions xii, yang berlangsung pada 4 November lalu.

Susulan itu, individu tersebut menyatakan permohonan maafnya selain turut sertakan wang tunai berjumlah RM15 sebagai bayaran tiket yang dikenakan untuk memasuki stadium itu.

Peminat bola sepak itu juga turut berazam untuk tidak mengulangi kesilapannya itu kerana takut akan hukuman di akhirat kelak.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor