Melaka - Polis Melaka sentiasa memantau aktiviti militan IS di negeri ini dan akan mengambil tindakan segera sekiranya mendapati terdapat individu atau kumpulan yang terlibat dengan gerakan itu.
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata pemantauan itu penting sebagai langkah keselamatan bagi mengelak insiden tidak diingini seperti yang berlaku di Paris, Perancis pada Jumaat lepas.
"Kami juga bekerjasama dengan 'intelligent agent' kerana Melaka merupakan negeri yang menerima kehadiran pelbagai pihak termasuk VVIP," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Terdahulu beliau menyaksikan serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Melaka daripada Datuk Mohd Shahrizan Che Mat Din kepada Datuk Ruslan Hassan.
Mohd Shahrizan, 58, bakal bersara pada 16 Jan tahun depan setelah berkhidmat selama 32 tahun dalam Polis Diraja Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor