Setiu - Seorang pemuda warga Thailand yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui selamat di dalam hutan Bukit Munduk di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Elias Abu Bakar berkata Yaya Cheh Omar, 24, dijumpai kira-kira pukul 1 tengah hari pada jarak 200 meter dari kawasan rumah kongsinya.
Katanya, pemuda itu yang bekerja sebagai penjaga kebun ditemui lemah dengan beberapa kesan kecederaan ringan pada bahagian kaki dan tangan.
"Kami terpaksa meminta bantuan abangnya menggunakan pembesar suara untuk memujuk mangsa keluar dari tempat persembunyian sebelum membawanya ke Hospital Setiu untuk rawatan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Elias berkata, operasi mencari Yaya membabitkan kawasan kebun sawit, kebun getah dan paya oleh polis bersama anjing pengesan, bomba serta penduduk kampung selain turut dibantu 26 orang pegawai dan anggota daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 8 Kelantan.
Menurutnya pemuda itu dipercayai melarikan diri ke dalam kawasan hutan itu selepas mengalami gangguan histeria dan siasatan mendapati dia mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor