Pages

Saturday, November 28, 2015

MENGAKU SALAH JUAL OTAK MANUSIA DI EBAY


Mengaku salah jual otak manusia di eBay


Indiana - Seorang lelaki mengaku bersalah memecah masuk sebuah muzium dan mencuri beberapa otak manusia sebelum menjualnya di laman lelongan eBay.

David Charles, 23, memecah masuk Muzium Sejarah Perubatan Indiana yang dahulunya adalah hospital sakit jiwa dan mencuri beberapa balang yang berisi otak serta tisu manusia.

Memetik laporan Metro.uk, Charles ditahan oleh pihak berkuasa pada Disember 2013 selepas pembeli enam balang otak tersebut dengan harga £400 (RM1,806 ) membuat laporan polis selepas mendapati kesemua barangan tersebut adalah barangan curi milik muzium tersebut.

Pihak berkuasa turut merampas 80 balang berisi tisu manusia semasa serbuan.

Charles mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan termasuk menceroboh dan mencuri dan dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah selama setahun dan berada dalam pemerhatian polis selama 2 tahun.

Dia turut dilarang untuk mendekati kawasan muzium berkenaan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor