Pages

Friday, November 20, 2015

MAYA KARIN CARI 100,000 TANDATANGAN


Maya Karin cari 100,000 tandatangan


Pelakon dan penyanyi Maya Karin mencari 100,000 tandatangan bagi menyokong petisyen kepada kerajaan untuk memperkenalkan semula insentif cukai kepada rakyat Malaysia untuk membeli kenderaan elektrik (EV).

Eksekutif Promosi dan Pemasaran, Warner Music Malaysia, Nur Sabrina berkata, usaha ini dilakukan oleh pelakon itu selaku duta Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia) yang mengutamakan misi menghargai dan mengaplikasikan teknologi hijau.

"Maya Karin ingin memacu kesedaran, penerimaan dan penggunaan produk-produk dan perkhidmatan untuk masa depan yang lebih hijau kepada rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Insentif cukai untuk hibrid dan EV diperkenalkan pada tahun 2011 telah ditamatkan pada tahun 2014 dengan pengecualian hanya kepada kenderaan hibrid dan EV yang dipasang dalam negara.

Sebelum ini insentif cukai yang diperkenalkan telah meningkatkan pertumbuhan besar-besaran jualan kereta hibrid di Malaysia, melonjak kepada 8,403 unit pada tahun 2011 dan hampir dua kali ganda kepada 15,355 unit pada tahun 2012.

Tandatangan petisyen ini boleh dilakukan dengan melayari laman web bit.ly/wewantelectriccar serta melengkapkan borang yang tertera.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor