Pages

Monday, November 16, 2015

[KUANTAN] SIDANG DUN PAHANG - SHAHANIZA JAWAB SOALAN MENGENAI TELEKOMUNIKASI



YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Adun Kuala Sentul merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan keluarga, Komunikasi dan Mutimedia menjawab soalan nombor 9 dari YB Dato' Sri Sh. Mohamed Puzi Bin Sh Ali. 

Adun Peramu Jaya menanyakan tindakan kerajaan dalam menaiktaraf pusat jalur lebar komuniti khususnya di luar bandar. 

YB Dato' Shahaniza Shamsuddin memberi jawabpan kepada soalan tambahan dari Adun Semambu, YB Lee Chean Chung yang menanyakan mengenai kawalan dan peraturan pembinaan menara telekomunikasi.

Soalan Adun Semambu adalah juga merupakan masalah yang dihadapi rakyat hari ini, dimana disemua ceruk rantau berkehendakkan mendapat liputan terbaik dalam komunikasi tapi dalam masa sama ada setengah-setengah pihak tidak membenarkan menara-menara telekomunikasi ini dibina.

Kerajaan sentiasa mengambil langkah terbaik untuk memastikan dalam beri kemudahan kepada seluruh rakyat sambil kita bukan saja memastikan kselamatan tetapi juga tahap kesihatan penduduk. 

Beliau menegaskan Adun Semambu tidak perlu risau kerana menara yang dibina telah mengambil kira lokasi yang bersesuaian dan dari semasa ke semasa akan ditingkat peraturan-peraturan yang ditetapkan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor