Pages

Monday, November 16, 2015

[KUANTAN] SESI SOAL JAWAB DUN PAHANG



16.11.2015 - Dalam sessi soal jawab di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bagi mesyuarat ke-3, penggal ke-3 bagi kali yang ke-13 hari ini, YB Dato' Fong Koong Fuee, Adun Cheka menanyakan mengenai sekolah jenis kebangsaan serta kekosongan jawatan guru besar dan pengetua yang masih belum diisi.

Soalan ke-2 dari YB Dato' Wan Kadri Bin Wan Mahusain, Adun Bukit Ibam menanyakan mengenai produk pelancongan di felda serta bidang IKS bagi masyarakat Felda.

YB Choong Siew Onn Adun Tras menanya soalan ke-3  berkaitan kualiti air dan pembekalan air mentah ke Negeri Selangor.

Soalan ke-4, Adun Pancing, YB Mohd Zaili Bin Haji Besar menyoal berkenaan perumahan awam kos rendah Sungai Pandan.

YB Dato' Mustapa Bin Haji Long Adun Padang Tengku menanyakan soalan ke-5 mengenai keluasan, jenis tanaman dan inisiatif kepada peladang berkenaan dalam menjadikan Pahang sebagai penyumbang utama pengeluar buah-buahan negara menjelang 2020.

Soalan ke-6, YB Wan Kadri Bin Wan Mahusain Adun Bukit Ibam menyakan langkah kerajaan dalam usaha membantu membuka ruang punca pendapatan dan pekerjaan kepada generasi muda sama ada di felda mahupun di kampong tradisi.

Soalan ke-7, Adun Teruntum, YB Sim Chon Siang menanya  penyelesaian mengenai minat golongan muda dalam permotoran dan lumba haram serta saman yang dikeluarkan oleh PDRM atas kesalahan lumba haram mengikut daerah tahun 2013 hingga 2015.

Soalan ke-8, YB Dato' Dr. Ahmad Shukri Bin Haji Ismail Adun Pulau Tawar bertanya berkenaan peranan hospital dan klinik dalam menghadapi bencana banjir.

Soalan ke-9, YB Dato' Sri Sh. Mohamed Puzi Bin Sh Ali Adun Peramu Jaya menanyakan tindakan kerajaan dalam menaiktaraf pusat jalur lebar komuniti khususnya di luar bandar.

Soalan ke-10 oleh YB Adun Tanjung Lumpur YB Haji Rosli Bin Abdul Jabar menanyakan status terkini kajian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dalam menubuhkan institusi khas bertanggungjawab dan mengendalikan agihan zakat.

Dewan masih bersidang.

Dewan ditangguhkan jam 12.55 dan akan disambung semula esok.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor