Pages

Monday, November 16, 2015

[KUANTAN] PRESTASI KDNK PAHANG PADA 6 PERATUS - MB PAHANG




16.11.15. -  Ekonomi Negeri Pahang menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan bagi tahun 2014 dan berada di landasan yang betul sebelum berakhirnya fasa Rancangan Malaysia ke 10 (RMKe10) tahun ini.

Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob ketika membentangkan Ucapan Bajet tahun 2016 di Dewan Undangan Negeri Pahang berkata pada tahun 2014, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Pahang pada 6 peratus berasaskan harga malar 2010 iaitu sama dengan prestasi KDNK negara.."

"Prestasi KDNK ini menunjukkann pertumbuhan ekoomi yang sangat kukuh dengan keadaan pengangguran yang rendah serta inflasi yang terkawal di Negeri Pahang"

"Pada tahun 2014, Negeri Pahang telah berjaya menarik pelabur-pelabur asing dan tempatan dengan nilai pelaburan sebanyak RM9.5 bilion."

"Menjelang tahun 2016, Negeri Pahang akan terus mencatatkan prestasi KDNK sebanyak 5.7 peratus setahun berasaskan malar 2010 sehingga tahun 2020 dengan mengambilkira pertumbuhan ekonomi negara yang dijangkakan berkembang pada kadar 5.0 peratus hingga 6 peratus," kata Dato Sri Diraja Adnan.

Menurut beliau lagi, bagi meningkatkan pendapatan per kapita dan pendapatan isi rumah serta kesejahteraan rakyat di Pahang, Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dan perhatian terhadap usaha-usaha peningkatan inovasi dan produktiviti dalam RMKe11.

Beliau juga mencadangkan satu Rang Undang-Undang dinamakan, "Satu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud tertentu".

Ucapan Menteri Besar akan dibahaskan dalam persidangan DUN yang disambung esok.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor