Pages

Monday, November 30, 2015

[KUANTAN] PENDUDUK RASA LEBIH SELAMAT


Penduduk rasa lebih selamat


Konsep ‘meet and greet’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadikan kehadiran rondaan polis dapat dirasi penduduk sekitar seterusnya memberi keyakinan terhadap keselamatan sejagat.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan, Deputi Superitendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, perlaksanaan program ini dapat merapatkan jurang interaksi antara polis dan komuniti.

Menurutnya, perjumpaan dengan penduduk secara langsung memberi peluang kepada PDRM menyampaikan peringatan agar semua pihak turut serta membantu polis menangani jenayah.

“Maklumat yang pihak polis salurkan kepada masyarakat membolehkan mereka menjaga harta benda dan keselamatan mereka di samping menggagalkan usaha penjenayah untuk melakukan aktiviti mereka.

“Usaha membanteras jenayah tidak akan menjadi nyata sekiranya penduduk tidak serius membantu pihak polis ,”katanya pada program meet and greet di Teluk Cempedak, Jumaat.

Selain itu, Mohd Zaidi berkata, melalui penglibatan sosial, polis mampu meningkatkan keyakinan masyarakat umum dan mengurangkan perasaan takut menjadi mangsa jenayah, malah tampil lebih berani menjadi mata dan telinga polis.

Bagi Bahiyah Yusuf, 31, konsep yang dilaksanakan PDRM merupakan satu pendekatan yang baik agar masyarakat berasa selesa dengan kehadiran polis di tempat mereka.

“Jika dahulu, kalau tengok polis akan rasa takut kerana bimbang kita ada membuat kesalahan, tetapi kini apabila nampak polis meronda, saya rasa selamat dan yakin dengan persekitaran sekeliling,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor