Pages

Monday, November 2, 2015

[KUANTAN] PAHANG SKILLS MELATIH LEBIH 42 RIBU TENAGA MAHIR




2.11.2105 - Pahang Skills telah melatih seramai 42,801 pekerja mahir sejak penubuhannya 11 tahun lalu. 9,875 orang adalah di peringkat Diploma yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), 4,257 orang di peringkat Sijil, 3,967 bagi program lepasan Graduan dan 24,614 orang pekerja industri.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Ismail Abd Muttalib yang merasmikan Majlis Konvokesyen ke 8 Pahang Skills Development Centre berkata pada suatu masa dulu kerajaan meletakkan sasaran 10 peratus sahaja pekerja vokasional dan teknikal. Tetapi sekarang sasarannya meningkat kepada 35 peratus menjelang tahun 2020.

"Daripada 14 juta tenaga kerja di negara ini, peratusan pekerja mahir dari segi teknikal hanya 28 peratus, dan 1.9 juta daripadanya adalah pekerja asing yang berdaftar. Kita mahu pekerja tempatan menggantikan tempat semua pekerja-pekerja asing ini," kata beliau.

345 pelajar menamatkan pengajian mereka pada majlis konvokesyen kali ini.

Menurut beliau lagi, mengubah persepsi orang ramai terhadap kepentingan sistem pendidikan berteraskan kemahiran masih lagi menjadi cabaran utama bagi pelaksanaan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di secara berkesan di Malaysia. 529 Institut Latihan Kemahiran Awan telah dibina bagi mencapai matlamat itu.


           





No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor