18.11.2015 - Kerajaan Pahang sedia membincangkan pengantungan operasi perlombongan bauksit di Kuantan sementara mendapat penyelesaian perundangan agar segala operasi dapat dijalankan dengan teratur serta mengikut perundangan.
Bercakap di perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2016) 2015: dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Dan Pembekalan Air Tahun 2016 di Dewan Perundangan Pahang, Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob berkata perlombangan bauksit telah banyak membantu meningkatkan aktiviti di Kuantan.
"Terdapat pemandu lori yang datang dari negeri lain boleh memperolehi pendapatan antara RM7 ribu hingga RM8 ribu sebulan sejak bekerja di lombong bauksit. Kedai kedai makanan juga dipenuhi orang ramai sejak lombong bauksit beroperasi di Kuantan."
"Bagaimanpun kita mahu kebersihan dan keselamatan orang ramai turut terjaga," kata beliau.
Dalam perbahasan hari ini ADUN Tanjung Lumpur, Haji Rosli Abdul Jabar mendakwa sudah berlaku tragedi 2 orang kanak-kanak mati lepas dalam bekas lombong bauksit, sementara ADUN Beserah Haji Andansura Rabu mendakwa sudah ada 5 kejadian lori bauksit dibakar oleh orang ramai berhampiran lombong bauksit.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor