Pages

Monday, November 16, 2015

[KUANTAN] PAHANG BINA 2 KALI GANDA JUMLAH RUMAH MAMPU MILIIK



16.11.2015. - Kerajaan Pahang telah berjaya membina dua kali ganda jumlah rumah daripada yang dijanjikan melalui pelaksanaan projek Perumahan PR1MA Negeri Pahang.

Menteri Besar Dato' Sri Adnan Yaakob ketika ucapan Bajet Tahun 2016 di Dewan Undangan Negeri Pahang berkata sehingga 31 Oktber 2015, sebanyak 81 projek PR1MA telah diluluskan dengan 30,325 unit rumah bakal dibina di setiap daerah. Jumlah tersebut meliputi 4,164.58 ekar tanah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kesejahteraan penduduk negeri Pahang dan pelbagai pendekatan terhadap Janji Kerajaan Negeri membina 15,000 Rumah Mampu Milik sebelum tahun 2018"

"Dua projek PR1MA telah memperolehi Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) iaitu PR1MA Batu 14 (Fasa 1) dan PR1MA Triang, Bera sebanyak 394 unit rumah, Bagi PR1MA Triang, Bera. Penyerahan kunci kepada pembeli-pembeli telah dilaksanakan pada 12 Oktober 2015," kata beliau.

Menerusi pelaksanaan PR1MA Negeri ini, rakyat Pahang atau yang bermastautin melebihi 5 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10 ribu akan layak memiliki sebuah rumah.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor