Pages

Thursday, November 5, 2015

[KUANTAN] 1500 SUKARELAWAN SASARAN APMM


3.11.2015 - Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Timur, Laksamana Pertama Maritim Mamu Said Alee menyerahkan 12 Set Radio di Majlis Penyerahan dan Pemasangan Radio Set Nelayan di pejabat APMM.

Set radio bernilai RM38,000 itu adalah sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan diserahkan kepada Persatuan Nelayan Kuantan berikutan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara APMM dan BSN dalam menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pengambilan wang tunai di Pulau Tioman.

Dalam masa sama, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyasarkan untuk menarik 1,500 orang untuk menyertai pasukan sukarelawan agensi itu, Sahabat APMM bagi Wilayah Pantai Timur.

Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Timur, Laksamana Pertama Maritim Mamu Said Alee berkata jumlah itu merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan, melibatkan keanggotaan 500 orang dari setiap negeri.

Menurut beliau, anggota sahabat maritim, antaranya terdiri daripada nelayan, kru kapal dagang dan feri, pegawai pelabuhan serta platform minyak dan gas mungkin akan diserapkan sebagai anggota simpanan APMM apabila perkara berkenaan dipersetujui oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor