Pages

Friday, November 6, 2015

KERAJAAN PERPADUAN: BN TAK TAHU TAPI MASIH TERBUKA


Mohd Shamsuddin Lias


Shah Alam - Adun Sungai Burong daripada BN, Datuk Mohd Shamsuddin Lias menjelaskan BN Selangor juga tidak tahu wujud perbincangan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan di negeri itu, seperti yang didakwa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

"Saya tak tahu, mungkin bincang dengan pemimpin BN yang lain. Tapi kita terbuka sekiranya ada hasrat menjurus ke arah itu (kerajaan perpaduan), " katanya.

Husam dilaporkan mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Bharu yang dikongsi di Facebooknya, hari ini.

Malah beliau mendakwa pengakuan itu dibuat bukan kepada dirinya sahaja sebaliknya ada pemimpin lain.

Sementara itu, Pas Selangor hari ini menegaskan parti itu tidak pernah berbincang dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tidak ada keperluan untuk Pas bekerjasama dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor