Pages

Sunday, November 8, 2015

KARNIVAL 'PERPADUAN KRT' ERAT SILATURAHIM

Yb Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup melawat khemah pameran Agensi dan KRT


KOTA KINABALU- Kumpulan Rukun Tertangga (KRT) dapat menggalakan masyarakat melaksanakan aktiviti ekonomi yang lebih berkesan dan mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan ahli dan komuniti setempat. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Datuk Joseph Panglima Kurup berkata sebanyak 930 buah Rukun Tetangga (RT) telah ditubuhkan di negeri ini untuk membantu pembangunan masyarakat. 

“Kemajuan dan pembangunan komuniti bukan hanya bergantung kepada jumlah atau bilangan kumpulan Rukun Tetangga yang telah ditubuhkan tetapi ia memerlukan kekuatan dan kerjasama yang padu daripada setiap ahli dan warga kumpulan rukun tetangga”, katanya. 

Joseph juga berkata tujuan utama karnival perpaduan ini diadakan adalah untuk mempromosikan Rukun Tentangga kepada orang ramai yang belum tahu mengenai tugas Rukun Tentangga. 

“Saya berharap agar program sebegini dijadikan sebagai sebuah platform sebagai asas kepada penyatuan dan hubungan persaudaraan yang lebih kukuh sesama ahli RT”, tambahan beliau. 

Joseph berkata sedemikian semasa merasmikan karnival Perpaduan KRT Zon Bandaraya Kota Kinabalu di Taman Prince Philip, pagi ini. 

Turut hadir dalam karnival tersebut adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayib. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah






No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor