Pages

Friday, November 20, 2015

KANTOI KETIKA KOMA


Kantoi ketika koma


Batu Pahat - Kegiatan seorang lelaki yang mengedar dadah di daerah ini terbongkar di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.

Pihak hospital menemui dua paket dipercayai dadah dalam poket suspek yang dirawat dalam keadaan koma selepas dikatakan diserang sawan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, dalam kejadian Sabtu lalu itu, suspek rebah di rumahnya di Rengit, di sini, dan kemudian dibawa ke HSNI dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 3 pagi untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, suspek yang kini masih koma dipercayai telah menjalankan kegiatan pengedaran dadah lebih kurang empat bulan.

“Polis percaya suspek adalah pengedar dan tokan dadah, di sini.

“Berdasarkan keadaannya, suspek bukanlah penagih dan dadah yang ditemui itu dianggarkan bernilai RM1,800,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci dan suspek kini di bawah jagaan polis.

Jelasnya, siasatan lanjut akan dijalankan selepas suspek sedar daripada koma termasuk mengenal pasti sama ada suspek bergerak secara berkumpulan atau tidak.

“Jika suspek bergerak dalam kumpulan, polis akan mencari dan menahan rakan kongsinya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor