Pages

Saturday, November 28, 2015

[JENGKA] GADIS CARI BAPA KANDUNG


Gadis cari bapa kandung


Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan mencari bapa kandung selepas terpisah sejak 15 tahun lalu.

Norhadira Kamaruzzaman, 17, bersama adik lelaki berusia 15 tahun kini di bawah jagaan nenek bersama ibu di Felda Jengka 22.

Neneknya, Jamaliah Mohd Yaman, 54, berkata, dia mengambil kedua cucu tersebut selepas ibu bapa mereka berpisah.

Menurutnya, ketika itu Norhadira berusia dua tahun sementara adiknya masih sembilan bulan.

Bapa kepada dua beradik berkenaan, Kamaruzzaman Kassim berusia lingkungan lewat 30-an difahamkan menetap di Batu Gajah, Ipoh.

“Difahamkan, bekas menantu masih tinggal di tempat kelahiran di Ipoh di kediaman milik keluarga malah dia merupakan anak tunggal,” katanya.

Jamaliah berkata, bekas menantu pernah berkunjung ke Jengka 22 pada 10 tahun lepas dengan hasrat mengambil salah seorang cucu iaitu yang sulung namun tidak dibenarkan.

Menurutnya, semenjak itu, mereka tidak lagi berhubung dan dia tidak mengingati lokasi atau alamat bekas menantu.

“Sudah terlalu lama, kami pun sudah lupa nama kampung cuma tahu perkampungan tersebut berada berdekatan bandar Ipoh.

“Cucu perempuan ini merancang untuk berkahwin pada Mac tahun depan dan memerlukan bapa kandung sebagai wali,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai bapa kepada dua beradik itu dirayu agar dapat menghubungi Jamaliah di talian 011-26085382.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor