Pages

Sunday, November 22, 2015

[JENGKA] BUANG BAYI MASIH BERTALI PUSAT

Bayi masih bertali pusat



Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditinggalkan di atas meja hadapan sebuah rumah penerokadi Felda Jengka 3, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi tanpa seurat benang itu dijumpai seorang wanita yang sedang menyidai pakaian sebelum terdengar bunyi tangisan.

Wanita berkenaan mencari arah tangisan tersebut dan mendapati seorang bayi masih bertali pusat berada di atas meja batu di depan rumahnya.

Dia kemudian menghubungi ibunya bagi memaklumkan perkara itu dan mereka membawa bayi berkenaan ke poliklinik berdekatan.

Difahamkan, tiada sebarang kesan darah atau bendasing lain dijumpai di bayi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mat Rizal Md Radzi mengesahkan penemuan bayi perempuan tersebut.

Menurutnya, bayi berkenaan kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak Hospital Jengka untuk pemeriksaan dan penjagaan.

“Kita sudah maklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor