Pages

Tuesday, November 24, 2015

HELIKOPTER TERHEMPAS, 7 DILAPOR TERBUNUH


Helikopter terhempas, 7 dilapor terbunuh


Kashimir -  Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam nahas helikopter di Kashmir, lapor AFP.

Helikopter itu dalam perjalanan ke sebuah kuil Vaishno Devi, yang dianggap sebagai salah satu kuil suci di India.

Difahamkan, helikopter itu terbakar tidak lama selepas ia berlepas. Turut dilaporkan, perkhidmatan helikopter turut dihentikan selepas insiden itu.

"Tujuh orang mangsa iaitu enam penumpang dan seorang juruterbang wanita disahkan maut dalam kemalangan itu. Kami sedang menyiasat punca insiden," kata Ketua Polis, Danish Rana.

Sementara itu, rakaman televisyen menunjukkan bangkai helikopter hangus dan bertaburan di atas padang.

Setiap tahun, beribu-ribu penganut Hindu akan pergi ke kuil Vaihno Devi yang terletak 60KM timur laut bandar Jammu.

Perkhidmatan helikopter popular di kalangan penganut Hindu yang ingin mengelakkan kesesakan semasa mendaki untuk ke kuil tersebut.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor