Pages

Sunday, November 29, 2015

FELDA SINGKIR JUARA PIALA AFC


 Felda singkir juara Piala AFC


Felda United mencipta kejutan menyingkirkan juara Piala AFC dan juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), sekaligus mara ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2015 menerusi agregat, 3-2, malam tadi.

Beraksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, The Fighters gah mengakhiri rekod kebal JDT di laman sendiri sejak 2013 melalui kemenangan, 2-1.

Perancang tengah Fighters, Zah Rahan muncul wira selepas meledakkan gol kedua pada minit ke-78, sekaligus memastikan langkah finalis Piala Malaysia musim lalu itu tersekat di hadapan penyokong sendiri.

Selain Felda, juara bertahan, Pahang menepati ramalan ke pusingan separuh akhir walaupun tewas, 2-0, ke atas Lions XII di Stadium Jalan Besar.

Pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan itu mara menerusi agregat, 4-3.

Sementara itu, juara Liga Perdana, Kedah mengisi slot ke separuh akhir selepas menundukkan PKNS di Stadium Selayang, melalui agregat, 4-2.

Selangor pula mengisi slot terakhir selepas menunjukkan jalan keluar kepada Serawak melalui agregat, 3-2, dalam aksi di Stadium Shah Alam.

Pusingan separuh akhir nanti menyaksikan Pahang bertemu Selangor manakala Kedah akan menentang Felda.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor