Kuala Pilah – Dalam usaha mendidik generasi muda cilik al-Quran, Sekolah Menengah Rendah Agama Johol (SMRAJ) telah mengadakan Kem Pemantapan Bacaan al-Quran dan Hafazan peringat sekolah pada 3 hingga 5 November lalu di sini.
Penasihat program, Abdul Ghani Ahmad Zaighu berkata, program tahunan itu melibatkan seramai 75 pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga.
Katanya, ia dianjurkan bagi memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran setiap pelajar.
"Menerusi kem ini, pelajar dilatih dengan teknik hafazan al-Quran yang tepat dan menghafaz surah-surah tertentu dalam al-Quran.
"Bukan itu sahaja, kem ini didatangkan dengan modul khas, diselang seli dengan motivasi dan halaqah," katanya.
Jelas Abdul Ghani, fasilitator bagi program berkenaan dari Institut Tahfiz al-Quran Gemencheh (Itqan) dan Kolej Islam Selangor (Kuis).
"Saya yakin dan percaya, fasilitator ini dapat bimbing peserta dengan sebaiknya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor