Pages

Sunday, November 29, 2015

AMANAH SEPERTI `POLIBAG' SAHAJA


Ahmad Yakob


Kota Bharu - Pas menyifatkan Parti Amanah Negara hanya sebuah parti 'polibag', tidak memberi cabaran dalam PRU14 akan datang.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, Amanah boleh ibaratkan pokok yang baru berkembang, walaupun dibaja dan disemai dengan berhemah.

"Walaupun disemai dan dibaja, diletakkan air mencukupi, tetapi tetap dalam polibag sahaja, berbanding kita yang berumur lebih 60 tahun dan banyak pengalaman.

"Kita masih belum nampak kekuatan parti (Amanah) itu dimana. Kita ni musim panas, hujan, banjir, semuanya sudah kita lalui," katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas penubuhan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Kelantan Trade Centre, di sini.

Ahmad diminta mengulas mengenai cabaran Pas berdepan Parti Amanah Negara dalam PRU14 akan datang.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor