Bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim yang sedang menjalani rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah di pusat pemulihan Persatuan PENGASIH Malaysia, Kuala Lumpur dilaporkan telah melarikan diri, malam tadi.
Perkara itu disahkan oleh Yang Dipertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd.
Menurut Yunus, penyanyi Gerimis Mengundang itu menghilangkan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua individu yang tidak dikenali pada pukul 10.26 malam Khamis
“Kereta itu dilihat memasuki kawasan Rumah PENGASIH dan terus berlalu pergi berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup,” katanya kepada Berita Harian.
Susulan itu, Yunus memberitahu, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Sementara itu, satu sumber mendakwa, Zamani, 44 tahun, tiada diperintah oleh pihak mahkamah untuk menempatkannya di mana-mana pusat rawatan, oleh itu soal penyanyi itu melarikan diri tidak timbul.
Terdahulu, Zamani didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor