Maldives - Pihak berkuasa Maldives menahan Timbalan Presiden Ahmed Adeeb kerana didakwa merancang cubaan bunuh Presiden Abdulla Yameen, menurut Kementerian Dalam Negeri semalam.
Yameen terselamat daripada cubaan bunuh tetapi isteri dan dua pembantunya cedera dalam insiden letupan bot ketika beliau berlabuh di Male pada 28 September lalu.
"Timbalan presiden telah ditangkap dan ditahan di pusat tahanan Dhoonidhoo. Beliau ditahan di Lapangan Antarabangsa Maldives kira-kira jam 3 petang (waktu tempatan)," menurut kenyataan tersebut.
Sementara itu polis mengesahkan penahanan Adeeb di bawah waran mahkamah untuk siasatan letupan di atas bot laju presiden.
Yameen melantik Adeeb sebagai timbalannya tiga bulan lalu selepas menyingkirkan Mohamed Jameel, lapor al-Jazeera.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor