Pages

Friday, October 16, 2015

RASUAH: ANWAR SAMAN DR MAZLAN


Anwar Ibrahim


Kuala Lumpur - Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memfailkan saman fitnah terhadap bekas calon BN Permatang Pauh dan dua lagi atas dakwaan mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara, dua tahun lalu.

Anwar, 64, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil dengan menamakan Dr Mazlan Ismail, Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dan Utusan Melayu (M) Bhd sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam saman yang difailkan melalui firma Guaman Tetuan Karpal Singh & Co itu, Anwar mendakwa Mazlan telah menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah yang disiarkan di Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013. 

Anwar juga mendakwa Mazlan menyebabkan perkataan fitnah itu diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Dia mendakwa Mazlan mengadakan persidangan media yang mengandungi perkataan fitnah itu.

Anwar mendakwa perkataan fitnah itu merupakan fitnah serius dan berniat jahat oleh defendan yang membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral. 

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor