Pages

Tuesday, October 27, 2015

POS MALAYSIA LANCAR SETEM KHAS


Pos Malaysia


Kuala Lumpur - Setem khas berukuran 35mm x 35mm yang menampilkan ilustrasi tiga kanak-kanak sekolah yang menunjukkan minat mengumpul setem akan dilancarkan sempena Minggu Setem 2015, yang bermula hari ini hingga Isnin depan (2 November).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad Azlan Shahrim berkata reka bentuk setem itu mempamerkan 'OMG (Oh Memang Gempak) Kembara Setem' iaitu satu program anjuran Pos Malaysia untuk membudayakan aktiviti mencintai setem Malaysia dalam kalangan generasi muda dengan mengetengahkan sejarah pos dan filateli serta setem di Malaysia.

"Kelab Setem dan Filateli OMG terdiri daripada para pelajar, guru dan kakitangan sokongan sekolah yang berminat dalam aktiviti mengumpul setem sebagai hobi. Ia juga menjadi platform bagi ahli-ahli kelab untuk berkongsi maklumat dan minat mereka," katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Beliau berkata selain pelancaran setem khas itu, terdapat juga cap pembatalan setem khas bagi setiap hari sepanjang Minggu Setem itu berlangsung.

"Pengumpul setem dan orang ramai digalakkan mendapatkan semua tujuh cap pembatalan setem khas setiap hari dan satu cap pembatalan kasyet yang boleh didapati secara eksklusif sempena Minggu Setem 2015," katanya.

Azlan berkata turut mengiringi setem khas berharga 60sen itu adalah produk filateli seperti Sampul Surat Hari Pertama (53sen), Sampul Surat Hari Pertama dengan Setem (RM1.15), lembaran setem (RM12) dan set folder (RM19.10).

Untuk maklumat, orang ramai boleh melayari www.pos.com.my atau datang ke mana-mana cawangan Pos Malaysia atau Bahagian Setem dan Filateli di Aras 1, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur.

Juga boleh menghubungi talian 03-22672267 atau emel ke filateli@pos.com.my untuk sebarang pertanyaan. 




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor