New Delhi - Mahkamah Delhi semalam mendapati seorang pemandu teksi Uber bersalah merogol penumpang wanitanya, pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, Hakim Kaveri Baweji menetapkan Jumaat ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap, Shiv Kumar Yadav.
Yadav dituduh menyerang dan merogol mangsa berumur 25 tahun di dalam teksinya, di sebuah kawasan terpencil di ibu kota India.
Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup.
India sering digemparkan dengan kes rogol dan terbaharu, dua anak kecil berusia 2 setengah tahun dan 5 tahun dirogol dalam dua kejadian berasingan di barat Delhi pada minggu lalu ,lapor Indian Express.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor