Pages

Saturday, October 31, 2015

PELAYAR FB BIADAP KUTUK BAYI DIKECAM


Pelayar FB biadab kutuk bayi dikecam


Tindakan seorang pelayar yang melemparkan cacian terhadap seorang bayi yang menderita penyakit sumbing (cleft) dikecam sebagai biadab.

Perkara tersebut didedahkan oleh ibu bayi tersebut di laman Facebook menerusi beberapa salinan paparan perbualan yang berlaku di antara dia dan pelayar berkenaan.

"Patutlah sebelum ni you tak upload gambar anak you, rupa-rupanya anak you cacat. Kesian," tulis pelayar tersebut.

Tak cukup dengan itu, pelayar berkenan menuduh pula bayi tersebut terkena badi.

"You tak malu ke ada anak cacat?," tambah pelayar berkenaan.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian lebih 2,000 pelayar yang mengecam tindakan biadab tersebut.

"Takpa, mulut manusia, bukan boleh tutup.. depa ni ibarat kuman je," kata Mariana.

"Kurang ajar punya orang, biadab! Mempersenda anugerah dari ALLAH SWT," tulis Ain pula.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor