Pages

Sunday, October 11, 2015

[PEKAN] SAKIT PERUT LEPAS MAKAN NASI MINYAK, SAMOSA


samosa


Kira-kira 100 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Razak, Pekan dikejarkan ke Hospital Pekan malam tadi kerana keracunan makanan.

Pengarah Hospital Pekan, Datuk Dr Daud Othman berkata, kumpulan pertama pelajar tiba pada pukul 5 petang untuk menerima rawatan selepas mengadu sakit perut, pening kepala dan muntah.

"Lebih ramai pelajar dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selepas Maghrib. Setakat ini 11 pelajar sedang menerima rawatan di wad sementara manakala yang lain diberikan rawatan pesakit luar.

"Mereka yang menerima rawatan pesakit luar kemudiannya dibenarkan pulang dengan menggunakan kenderaan yang disediakan sekolah," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Sementara itu, sumber dari sekolah itu memberitahu pelajar mula mengadu sakit perut petang itu, dipercayai selepas makan nasi minyak, kuih samosa dan air minuman semasa menyertai satu acara sukan semalam.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor