Pages

Sunday, October 25, 2015

PARLIMEN KECOH, PEMBANGKANG GUNA GAS PEMEDIH MATA




Pristina – Wakil rakyat pembangkang Kosovo melepaskan gas pemedih mata pada persidangan Parlimen untuk menggagalkan proses pengundian berkaitan Serbia.

Secara tiba-tiba dewan persidangan dipenuhi asap selepas dua kali gas berkenaan dilepaskan seorang Ahli Parlimen pembangkang.

Insiden menyebabkan Speaker Parlimen terpaksa menangguhkan sesi itu.

Wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, wakil rakyat pembangkang itu dilihat membuka tin gas pemedih mata sebelum melepaskannya.

Selepas beberapa jam, pihak pembangkang sekali lagi menghalang Parlimen bersidang apabila mengulangi perbuatan sama, kali ini di dewan perhimpunan.

Susulan insiden itu, seramai 100 anggota polis dibawa masuk untuk memisahkan wakil-wakil rakyat pembangkang daripada ahli parlimen kerajaan dalam suasana penuh tegang.

Tindakan sabotaj itu bagi menghalang dialog dan persetujuan tajaan Kesatuan Eropah dengan Serbia terutamanya berhubung penubuhan majlis perbandaran yang diuruskan penduduk Serb sekali gus memberikan lebih autonomi kepada minoriti Serb di Kosovo.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor