Pages

Tuesday, October 13, 2015

NGO DESAK SPRM SIASAT DUA ANAK DR MAHATHIR


NGO desak SPRM siasat dua anak Dr Mahathir


Ampang - Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa mempunyai kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat.

Presidennya, Mejar (B) Razali Zakaria menegaskan, sudah sampai masanya penguatkuasa itu menyiasat kesahihan bukti yang didedahkan Wall Street Journal (WSJ) dan media sosial yang membabitkan kekayaan Datuk Mokhzani dan Mirzan.

"Siasatan perlu dibuat oleh Peguam Negara tentang bagaimana kesemua anak Dr Mahathir boleh menjadi multi billionaire dalam masa singkat dan menimbulkan tanya tanya daripada masyarakat di negara ini dan dunia.

"Mungkin berlaku penyalahgunaan kuasa ketika era pemerintahan bapanya, Dr Mahathir. Benarkah Dr Mahathir menggunakan syarikat GLC yang besar ketika 22 tahun memerintah untuk kepentingan peribadi anaknya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Razali juga berkata, kekayaan yang dimiliki kedua-dua anaknya semakin jelas apabila Mokhzani didakwa mempunyai jumlah aset kereta bernilai RM36 juta manakala Mirzan pula dengan pemilikan 100 syarikat sebagai pemegang saham.

"Segala keraguan ini menjadi tanda tanya dan pelbagai fitnah termasuk Dr Mahathir dan anak-anak beliau mempunyai perasaan busuk hati serta dengki kepada kerajaan sekarang.

"Adakah ini benar dan beliau harus membuang persepsi negatif apatah lagi beliau pemimpin yang dihormati. Tun M harus menjelaskan perkara ini supaya rakyat tidak lagi menabur fitnah dan hasutan kepada mereka sekeluarga," katanya lagi.

2 comments:

  1. Patutnya NGO bebal ni suruh siasat Rosmah, pasal isu anak Tun Dr. Mahathir, mereka kaya pun sebab mereka berniaga sejak muda, kini mereka pun berumur lebih 50an, apa nak dihairankan.

    Yang patut dihairankan adalah Rosmah penganggur tua yang tak ada kerja tetap yang bergaji boleh ada RM 2 juta dalam akaun melalui beberapa transaksi melibatkan RM 150,000.00 hingga RM 300,000.00 dalam satu-satu transaksi, dari mana duit tu? NGO GMPN tak rasa hairan ke dengan perkara ini? Atau dah makan dedak banyak sangat sampai otak pun dah mereng beri kenyataan yang tak tentu hala.

    ReplyDelete
  2. Mengutuk org pandai....
    Umpama ayam jantan pencen berkokok...ekor penuh najis!!!!!

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor