Pages

Tuesday, October 13, 2015

MH17 DITEMBAK DENGAN PELURU BERPANDU BUK - AKHBAR BELANDA




The Hague: Penyiasat antarabangsa membuat kesimpulan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia yang dilancar dari kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, menurut sebuah akhbar Belanda hari ini. 

Laporan akhir tragedi itu akan diumumkan secara rasmi pada 1115 GMT (7.15 malam waktu Malaysia) di sebuah pangkalan tentera Belanda. 

Laporan itu bagi menamatkan spekulasi selama 15 bulan mengenai bagaimana pesawat Boeing 777 itu berkecai di udara dan mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal. 

Memetik tiga sumber yang rapat dengan siasatan itu, akhbar Volkskrant Daily melaporkan siasatan itu mendapati pesawat terbabit ditembak jatuh dengan peluru berpandu permukaan ke udara BUK pada 17 Julai tahun lalu ketika ia dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 

Laporan itu mengandungi peta lokasi pesawat terhempas di mana bangkai pesawat itu bertaburan di kawasan berhampiran dengan perkampungan Garabovo di timur Ukraine yang dikawal kumpulan pemisah pro-Russia. 

Ia menolak penegasan Moscow bahawa pesawat berkenaan ditembak oleh tentera Ukraine ketika pesawat berkenaan terbang pada ketinggian 33,000 kaki di ruang udara wilayah itu. 

Lembaga Keselamatan Belanda yang mengetuai siasatan oleh pasukan antarabangsa, menegaskan bahawa mandatnya bukan menentukan pihak mana yang bertanggungjawab menembak pesawat itu, ketika pihak pendakwa raya Belanda menjalankan siasatan berasingan. 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor