Pages

Friday, October 2, 2015

MENDIANG SENTIASA DIBURU KOMUNIS


Yuen Yuet Leng


Kuala Lumpur - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Yuen Yuet Leng yang meninggal dunia awal pagi semalam. 

Beliau berkata jasa dan pengorbanan mendiang tidak akan dilupakan. 

"Sedih terima berita pemergian wira negara Tan Sri Yuen Yuet Leng. Takziah kepada keluarga mendiang, jasa dan pengorbanan beliau tidak akan dilupakan," katanya menerusi laman Facebook dan Twitternya malam tadi.‎ 

Yuen yang meninggal dunia akibat sakit jantung merupakan bekas pegawai cawangan khas yang sering 'diburu' komunis semasa dan selepas zaman darurat dan pernah menjadi Polis Sarawak mulai 1981 sehingga beliau bersara pada 1984. 

Yuen yang berusia 88 tahun, meninggalkan dua anak perempuan, Susan Yuen Sumin, 56, dan Marina Chan Chean Gaik, 54, serta dua cucu berusia 20-an.

Mayat mendiang Yuen kini ditempatkan di Pusat Xiao En, Cheras sehingga Sabtu ini bagi memberi peluang kepada keluarga serta rakan memberikan penghormatan terakhir.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor