17/10/2015 - Madrasah Al Furqan Kg Bukit Bota hari ini telah menganjurkan Majlis Khatam Al Quran di Surau As Solihin di madrasah berkenaan.
Seramai 22 pelajar yang merupakan pelajar Madrasah Al Furqan terlibat dalam majlis tersebut yang turut diserikan dengan keberangkatan anakanda KDYMM Tengku Mahkota Pahang,YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan YM Tengku Puteri Jihan Azizah Atho'atullah.
YB Dato'Shahaniza Hj.Shamsuddin,Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul yang mewakili ibubapa pelajar Madrasah Al Furqan dalam ucapannya di majlis tersebut sebagai berkata keberangkatan kedua-dua puteri Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang menunjukkan keprihatinan baginda kepada majlis keagamaan di Negeri Pahang.
Kedua dua YM Puteri TM Pahang dan Tengku Puan Pahang berkenan mengurniakan sumbangan kepada pelajar sebelum melancarkan Tabung Pembinaan Maahad Tahfiz Al Quran Darul Furqan.
Turut hadir di majlis berkenaan ADUN Chenor YB Arifin Ismail,ADUN Luit Nurhidayah Sahaimi,Pegawai Daerah Maran YH Dato'Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha ,kepimpinan masyarakat serta penduduk sekitar.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor