Shah Alam - Seorang lelaki ditahan kerana didakwa memukul seorang pekerja khidmat mencuci kereta ditahan di Subang Perdana, Sabtu lalu.
Menurut laporan Rakyat Post, lelaki berumur 30-an berkenaan direman untuk soal siasat.
"Siasatan akan diteruskan selepas perintah reman diperolehi pagi ini," kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Rozi Jidin.
Sabtu lalu, sebuah rakaman menunjukkan seorang pekerja warga Bangladesh dipukul tersebar di laman sosial.
Melalui perkongsian seorang pelayar, pekerja tersebut patah hidung selepas dibelasah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor