Pages

Saturday, October 17, 2015

[KUANTAN] PAMERAN KOLEJ IKIP MEMBUKA MATA AWAM




17.10.2015. - Exco Komunikasi Dan Multimedia Pahang, Dato' Shahaniza Shamsuddin memuji Kolej Ikip kerana mengadakan Pameran di tempat awam untuk pelajar-pelajar tahun akhir kursus Diploma Graphic dan Digital Media.

"Pendedahan hasil karya pelajar semester akhir di tempat awam berjaya membuka mata orang awam terhadap perkembangan pesat yang dilalui bidang multimedia serta membuka peluang mereka bertukar pendapat mengenai dunia komunikasi hari ini."

"Saya juga terasa teruja melihat pelajar Ikip mempamerkan hasil kerja mereka dalam bidang pemasaran secara digital serta iklan  dan animasi." kata Dato' Shahaniza.

Dato' Shahaniza turut menyampaikan sijil kepada 44 pelajar Kolej yang mengadakan pameran ini.

Hadiah Persembahan Terbaik serta Pelajar Terbaik kursus Art and Design dengan kerjasama UITM dan Kolej Ikip dalam pameran ini dimenangi oleh Muhammad Nor Hafiz.



          



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor