Seramai 28 peserta Projek Tanaman Padi Paya Pinang di Kampung Padang mengalami kerugian ekoran hasil padi terjejas akibat jerebu.
Keadaan jerebu menyebabkan padi terbit lambat daripada jangkaan dan sambang disebabkan tidak mendapat cahaya matahari yang cukup untuk proses pendebungaan.
Pengerusi Jawatankuasa Penanam Padi Paya Pinang, Kamaluddin Adam berkata, kawasan seluas 54 hektar itu sepatutnya dituai Sabtu lalu namun tidak dapat berbuat demikian kerana padi tidak menjadi.
Menurutnya, hasil yang dituai biasanya mencapai 1.5 tan namun akibat keadaan jerebu dijangka hanya 300 kilogram padi yang elok sahaja mampu dituai.
“Keadaan jerebu yang dialami kali ini sama dengan jerebu teruk yang berlaku pada tahun 1997.
“Kita memang tak sangka keadaan ini akan berlaku dan petani mengalami kerugian yang teruk,” katanya ketika ditemui di sini.
Kamaluddin berkata, pihaknya mengharapkan ada bantuan daripada agensi terbabit bagi membantu petani yang terlibat dengan kerugian tersebut.
Katanya, untuk tanaman baharu, petani akan memulakan pada Disember depan untuk proses membajak sebelum menabur benih pada Januari.
Sementara itu, kerajaan negeri diminta mempercepatkan pengeluaran geran kepada peserta.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor