Pages

Friday, October 9, 2015

KERANA SERING DIMARAH PELAJAR TETAK GURU GUNA KAPAK




Jakarta – Seorang pelajar berusia 15 tahun yang berang kerana sering dimarahi gurunya bertindak menceroboh rumah wanita itu sebelum menetak mangsa dengan kapak.

Serangan pada awal pagi kelmarin itu menyebabkan, Muryanah, 23, yang bertugas di sebuah sekolah vokasional di Tangerang dekat sini cedera parah di kepala.

Ibu Muryanah, Sri Astuti, 43, juga cedera dalam serangan tersebut ketika dia cuba melindungi anaknya, menurut media tempatan.

Jurucakap polis Indonesia, Kosasih berkata, pelajar itu berdendam dengan gurunya akibat sering dimarahi kerana terlalu lembap dalam pelajaran.

Katanya, pelajar itu yang bersenjatakan kapak menceroboh rumah gurunya sebelum menyerang wanita itu yang tidur di bilik bersama ibunya.

“Pelajar itu kemudian melarikan diri dengan motosikal selepas jiran yang terdengar jeritan mangsa datang membantu,” katanya.

Menurutnya, polis pada mulanya menyangka kejadian itu bermotifkan rompakan, tetapi mendapati rumah mangsa tidak digeledah dan tiada barang hilang.

“Pada keesokan harinya, ibu pelajar itu menyerahkan anaknya kepada polis selepas dia mendapati remaja itu yang melakukan serangan,” jelasnya.

Menurutnya, Muryanah dirawat di Hospital Ciputra di Tangerang dan keadaannya dilaporkan kritikal. 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor