Galeri Mat Kilau yang mula dibuka sejak awal bulan lalu bakal menjadi tarikan dan persinggahan pelancong ke daerah ini selepas Taman Negara Kuala
Tahan.
Adun Pulau Tawar, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, berkata, projek membina galeri yang menempatkan pelbagai artifak pahlawan Melayu, Mat Kilau menentang kolonial British di negeri ini pada abad ke-19 berkenaan bernilai RM200,000 mulai dibina pada 2011 di Bukit Rang, Pulau Tawar menerusi peruntukan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang diselenggarakan Majlis Daerah Jerantut (MDJ).
“Pembukaan galeri ini tertangguh kerana MDJ terpaksa mengambil masa untuk mengumpulkan artifak Mat Kilau dan bahan dokumentasi menerusi bantuan waris tokoh berkenaan dan sejarawan di negeri ini.
“Kerajaan negeri berterima kasih kepada ECERDC kerana prihatin apabila menambah lagi peruntukan sebanyak RM150,000 bagi memudahkan MDJ melengkapkan artifak tokoh ini untuk pameran termasuk menyediakan peralatan audio visual di galeri ini,” katanya selepas merasmikan Galeri Mat Kilau di Kampung Bukit Rang, di sini, kelmarin.
Menurutnya, galeri berkenaan adalah satu lagi daya tarikan pengunjung ke daerah ini khususnya perkampungan tradisional di Pulau Tawar yang menjadi kubu kebangkitan orang Melayu yang diketuai Mat Kilau dan ayahnya, Tok Gajah menentang British pada 1892.
“Kedudukan pusat ini agak strategik iaitu berdekatan jalan raya dari Jerantut ke Maran, manakala pengunjung juga berpeluang melawat makam Mat Kilau dan masjid
kayu yang menjadi tempat Ahmad Shukri (kanan) ketika melawat Galeri Mat Kilau, kelmarin. perisytiharan tokoh ini ketika muncul semula di khalayak ramai pada 1970.
“Galeri ini bukan sahaja memenuhi hasrat pembangunan sektor pelancongan daerah ini malah menjadi pusat rujukan maklumat mengenai kebangkitan orang Melayu
Pahang menentang British di negeri ini dalam kalangan pelajar dan penuntut institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dalam bidang sejarah dan antropologi,” katanya.
Beliau berkata, MDJ sedang merangka pelan penambahbaikan galeri ini apabila merancang menempatkan sebuah rumah tradisional orang Melayu Pahang berkaitan sejarah tokoh berkenaan pada abad ke-19.
Sementara itu, Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzaman meminta pengusaha pelancongan di negeri ini memasukkan Galeri Mat Kilau antara pengisian pakej lawatan bagi pelawat yang singgah di bandar ini dan Taman Negara Kuala Tahan.
“Saya juga berharap Pejabat Pendidikan Daerah, Persatuan Sejarah dan pemain dalam sektor pelancongan supaya menguar-uarkan galeri ini dalam kalangan pelajar dan pelawat agar pusat ini tidak sunyi dikunjungi bagi tujuan pengetahuan sejarah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor