Pages

Wednesday, October 21, 2015

DRON KINI PERLU DIDAFTAR


dron


Washington - Pengendali dron kini perlu mendaftarkan dron milik mereka kepada kerajaan persekutuan, kata Jabatan Pengangkutan Amerika Syarika (AS) semalam.

Jabatan berkaitan pendaftaran dron dijangka ditubuhkan pada pertengahan November dan peraturan berkaitan penggunaan dron dikuatkuasakan pada pertengahan Disember. 

Menurut laporan ABC News, langkah tersebut diambil selepas insiden yang melibatkan dron berada pada tahap yang membimbangkan. 

Kehadiran dron oleh juruterbang dan di lapangan terbang meningkat sebanyak empat kali ganda tahun lepas manakala sekurang-kurang terdapat 18 kes dron terbang secara haram di kawasan melibatkan kebakaran hutan. 

"Kami perlu melalui banyak proses untuk mengenal pasti pemilik dron. Kami harap apabila dron didaftarkan, kami mampu mengesan pengendali dron dengan lebih mudah," kata Setiausaha Jabatan Pengangkutan, Anthony Foxx. 

Sesetengah dron yang berada di bawah kategori mainan pula akan dikecualikan daripada pendaftaran kerana tidak mendatangkan bahaya. 

Peraturan untuk mengawal penggunaan dron komersial dijangka dimuktamadkan pada Jun 2016.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor