Pages

Monday, October 12, 2015

CORAK TAPAK SELIPAR TERTULIS KALIMAH ALLAH CETUS KEMARAHAN




Gambar sepasang selipar jenama Glacio siri G-2079 yang tertulis di tapaknya ‘kalimah Allah’ dalam bentuk tulisan kaligrafi kufi kini menjadi viral di laman sosial.

Perkara tersebut mencetuskan rasa kurang senang netizen, khususnya yang beragama Islam kerana dilihat satu penghinaan terhadap agama.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada selipar Glacio ini dijual di pasaran tempatan.

selipau


Namun difahamkan jenama selipar tersebut telah meluas di pasaran Indonesia malah syarikat Glacio ini juga dikatakan bertapak di sana.

Menurut laporan portal Indonesia, Fajar.co, pihak ulama di sana telah meminta syarikat terbabit menghentikan pengeluaran dan penjualan selipar tersebut bagi menghormati majoriti penggunanya yang merupakan masyarakat beragama Islam.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor