Shah Alam - Pasukan penyiasat antarabangsa merumuskan bahawa pesawat penerbangan MAS, MH17 ditembak oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.
Menurut laporan sebuah portal antarabangsa, ia diumumkan Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra ketika membentangkan hasil siasatan tragedi MH17, semalam.
Menurut Joustra, hasil siasatan menunjukkan peluru berpandu yang dilancarkan meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat berkenaan.
“Ia turut disokong dengan bukti rakaman mikrofon di dalam kokpit yang melaporkan mengesan bunyi letupan misil terbabit.
“Serpihan peluru berpandu itu ditemui di kawasan nahas dan juga di dalam bangkai pesawat tersebut,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.
BUK adalah peluru berpandu darat ke udara buatan Rusia.
Dalam pada itu, pihaknya turut berkata bahawa Ukraine sedia tahu mengenai risiko di kawasan berkenaan tehadap penerbangan awam.
Bagaimanapun katanya lagi, Ukraine boleh dikatakan gagal membuat penilaian terhadap kewujudan ancaman pada penerbangan awam.
Paparan animasi bagaimana pesawat itu ditembak turut dipaparkan dalam sidang media tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor