Pages

Sunday, October 25, 2015

BAYI BERTARUNG DI LAUTAN BERJAM LAMANYA


Bayi bertarung di lautan berjam lamanya


Turki - Seorang bayi yang terapung selama berjam-jam yang hanya bergantung pada jaket keselamatan di Laut Aegean berjaya diselamatkan nelayan Turki yang kebetulan terlihat kelibatnya permukaan air.

Dua nelayan itu juga melihat beberapa pelarian lain yang terapung selepas menyelamatkan bayi yang dikenal pasti sebagai Muhammad Hasan.

Pada awalnya kapten bot, Recep Evran berkata, mereka menyangka Hasan tidak lagi bernyawa namun tiba-tiba bayi berusia 18 bulan itu mengeluarkan bunyi.

“Dia sangat pucat. Kaki dan tangan semua sudah bertukar menjadi putih. Kami tutup dia dengan selimut dan cuba menyelamatkannya,” katanya memetik laporan Hurriyet Daily News.

Hasan kini dikatakan dalam keadaan stabil dan bersama ibunya di hospital.

Bot dinaiki Hasan bersama pelarian lain yang menuju ke Greece dilaporkan terbalik Rabu lalu.

Lokasi Hasan diselamatkan itu tidak jauh dari pantai di mana jasad si kecil, Aylan Kurdi, 3 ditemui bulan lalu.

Aylan dan abangnya, Galip Kurdi, 5 adalah antara pelarian yang mati lemas selepas bot mereka karam dan ditemui hanyut di pantai Bodrum, Turki.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor